NAIROBI: Ketua angkatan tentera Kenya, Jeneral Francis Omondi Ogolla dilaporkan terbunuh dalam nahas sebuah helikopter tentera terhempas di barat negara itu, pada Khamis.
Pemerintah tertinggi tentera Kenya itu berada di dalam pesawat berkenaan bersama-sama 11 pegawai tentera yang lain.
Sembilan mangsa lain juga maut, manakala dua orang lagi terselamat dalam tragedi itu.
Dalam sidang akhbar, Presiden Kenya, William Ruto berkata, kejadian malang itu merupakan "kesedihan yang terbesar" bagi negara.
Sebelum memberikan kenyataan kepada media, Ruto terlebih dahulu menghadiri mesyuarat tergempar bersama Majlis Keselamatan Negara.
Menurut Ruto, nahas itu berlaku pada pukul 2.20 waktu tempatan.
Tentera Udara Kenya telah menghantar pasukan penyiasat udara untuk menentukan punca nahas, kata Presiden.
Helikopter itu jatuh di daerah Elgeyo Marakwet, kira-kira 400km (250 batu) utara-barat ibu kota Nairobi.
"Malangnya, pesawat itu terhempas sejurus selepas berlepas," kata Ruto.
Jeneral Ogolla dilantik oleh Ruto pada April tahun lalu.
Sebelum itu, beliau menjawat jawatan Komander Tentera Udara dan Timbalan Panglima Angkatan Tentera.
Ruto menyifatkan Jeneral Ogolla yang juga Ketua Penasihat Tentera Presiden sebagai seorang pegawai tentera yang berani dan gagah semasa menjalankan tugas.
"Negara kehilangan salah seorang jeneral yang paling berani dan pegawai yang gagah," kata Ruto dalam ucapannya kepada seluruh rakyat Kenya.
Sehubungan itu, Kenya akan berkabung selama tiga hari bermula hari ini (Jumaat) dan.bendera akan dikibarkan separuh tiang.
Jeneral Ogolla menyertai Angkatan Pertahanan Kenya pada 24 April 1984.
Sepatutnya minggu depan, genap 40 tahun beliau berkhidnat dalam Angkatan tentera.
Sembilan lain terbunuh dalam nahas itu ialah pegawai-pegawai kanan tentera, sementara dua mangsa yang terselamat berada dalam keadaan kritikal dan sedang menjalani rawatan.
Kesemua mereka dalam misi untuk membuka semula beberapa sekolah yang ditutup berikutan serangan penyamun.
Ini merupakan kali kedua nahas helikopter berlaku dalam tempoh tiga tahun dan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 pegawai tentera di Kenya.
Sekurang-kurangnya 10 askar terbunuh pada Jun 2021 apabila helikopter mereka terhempas ketika mendarat berhampiran ibu kota Nairobi. - Agensi
Agensi
Thu Apr 18 2024
Ketua angkatan tentera Kenya, Jeneral Francis Omondi Ogolla dilaporkan terbunuh selepas sebuah helikopter tentera terhempas di barat negara itu, pada Khamis. - Gambar fail AP
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
Nahas helikopter Lumut: Agong zahir ucapan takziah, titah ATM jalankan siasatan terperinci
Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga 10 mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi tadi.
10 maut, dua helikopter TLDM bertembung di Lumut
Seramai 10 mangsa maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), hari ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Tiga maut nahas helikopter di Switzerland
Tiga maut dalam nahas helikopter di Switzerland pada Selasa, menurut polis.
Arus deras, dasar laut berlumpur sukarkan pencarian kotak hitam helikopter AW139
Maritim Malaysia, bagaimanapun, positif akan menjumpainya dalam masa terdekat berdasarkan kedudukan terkini dikesan
2 maut nahas helikopter di rantau Magadan, Rusia
Dua maut manakala dua lagi mengalami kecederaan apabila sebuah helikopter Mi-8 terhempas di rantau Magadan, Rusia pada Khamis, lapor media tempatan.
Anggota tentera AS maut dalam nahas helikopter
Seramai tiga orang terbunuh dalam nahas helikopter Pengawal Kebangsaan AS berhampiran sempadan Texas-Mexico pada Jumaat, menurut Pentagon.
Insiden Pulau Angsa: Bangkai helikopter berjaya dibawa keluar
Bangkai helikopter AW139 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang mendarat cemas di perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor, berjaya dibawa keluar tengah malam Selasa.
Insiden Pulau Angsa: Helikopter terbang rendah, berpusing-pusing sebelum jatuh dalam laut - Saksi
Saksi terkejut apabila melihat sebuah helikopter terbang rendah dan berpusing-pusing sebelum jatuh ke laut.
Insiden Pulau Angsa: Bangkai helikopter APMM dijangka dibawa keluar petang ini
Sehingga itu, polis melakukan pengawasan bagi memastikan keselamatan di sekitar lokasi kejadian.